Monday, November 16, 2009

HiDuP iNI...

Kadang2 hidup ini ada suka ada duka . . ada cabaran dan dugaan . . dalam hidup aku penuh dgn semua ini . . tapi cara aku membuatkan org fikir yang aku kuat. . tapi adakan aku betul kuat seperti yang diorg semua sangka . . sebenarnya . . aku tak kuat . . tapi didepan org aku kuat kan diri . . sebb aku tak perlukan simpati . . aku hanya perlukan teman yg memahami aku . . tapi aku atau susah . . sbb memang susah la . .

Friday, March 13, 2009

A FRIEND FROM A TO Z

A ~ Accepts you as you are

B ~ Believes in ‘you’

C ~ Calls you just to say ‘HI’

D ~ Doesn’t give up on you

E ~ Envisions the whole of you (even the unfinished parts)..

F ~ Forgives your mistakes

G ~ Gives unconditionally

H ~ Helps you

I ~ Invites you over

J ~ Just ‘be’ with you

K ~ Keeps you close at heart

L ~ Loves you for who you are

M ~ Makes a difference in your life

N ~ Never Judges

O ~ Offers support

P ~ Proud to be yours

Q ~ Quiets your fears

R ~ Raises your spirits

S ~ Says nice things about you

T ~ Tells you the truth when you need to hear it

U ~ Understands you

V ~ Values you

W ~ Walks beside you

X ~ X-plain things you don’t understand

Y ~ Yells when you won’t listen

Z ~ Zaps you back to the reality

Monday, March 2, 2009

LaMa Da TaK MeNuLiS.....

Pelik rasanya bile da lame tak post...ye la...tak de idea yang aku nk cakap...tapi aku runsing pasal politik kat negara kite skang ni...negara lain da sampai berperang...doa la byk2 so that kite tak menghadapi benda yang sama...insyaAllah...

Tuesday, January 13, 2009

Cinta

Bagi mempertahankan cinta yang dibina seharusnya ada pemahaman yang jelas tentang cinta...Baik yang tersurat mahupun yang tersirat...Oleh itu, untuk kamu yang belum memahami berikut adalah fakta tentang cinta...

  • Cinta bukan sekadar perasaan menyayangi semata-mata, tetapi apayang lebih penting adalah harus juga ada keikhlasan kerana perasaan menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja...Cinta juga tidak akan berakhir kerana memang cinta tidak harus berakhir...
  • Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya...Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat...
  • Jangan pernah takut untuk jatuh cinta kerana akan terasa sakit saat kamu diabaikan ataupun kamu sendiri yang menyebabkan rasa sakait itu tercipta...Jangan terlalu mengikuti kata hati kerana akan membuat kamu semakin terluka dan terus menerus menangis merenungi rasa sakit itu...
  • Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu seperti kamu mencintainya...Kerana salah seorang dari kamu pasti akan memberi lebih seorang lagi kurang...
  • Ketika kamu mencintai seseorang, jangan pernah mengharapkan balasan...Jika kamu memikirkan hal tersebut, kamu bukan mencintai tetapi cuba untuk mengharap sesuatu...
  • Cintailah seseorang seperti sungai yang akan mengalir selamanya...Kerana jika kamu mencintai seseorang seperti bunga, bunga akan mati saat musim berganti...
  • Saat mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan...Bukan cinta andai ianya hanya bahagia...
  • Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan...Kerana cinta tidak datang dari mulut danlidah ataupun fikiran seseorang, tetapi lahir dari hati yang paling dalam...

Terima kasih...

Monday, January 12, 2009

Pasukan perubatan jumpa mayat mangsa dimamah tikus, anjing BANDARAYA GAZA: Tentera Zionis terus mengganas dengan pertempuran sengit berlaku antara tentera rejim itu dan pejuang Hamas di pinggir bandar raya ini semalam, ketika pasukan infantri Israel semakin hampir ke kawasan paling ramai penduduk. Sementara itu, anggota perubatan Palestin yang sering terlewat menuju lokasi serangan berikutan bedilan yang berterusan, melaporkan dalam beberapa kes mayat mangsa yang ditemui didapati sudah dimamah tikus dan anjing.
Pesawat tempur Israel terus melancarkan serangan bom di sepanjang sempadan Mesir dan Gaza semalam, berhampiran bandar Rafah menyebabkan tingkap terminal imigresen pecah. Saksi berkata, tentera Israel melepaskan bom fosforus di Khouza, sebuah perkampungan berhampiran sempadan, mengakibatkan sederet rumah terbakar. Pegawai hospital, Dr Yusuf Abu Rish berkata seorang wanita terbunuh, manakala 100 lagi cedera kebanyakannya akibat terbakar dan terhidu gas bom terbabit.
Pertempuran yang masuk hari ke-16 itu setakat ini sudah mengorbankan lebih 875 orang, ketika Mesir meneruskan usaha mencari jalan penyelesaian di wilayah itu. Saksi Palestin berkata, pertempuran di kejiranan Sheikh Ajleen bermula sebelum subuh dan berlarutan sehingga pagi, apabila angkatan darat Israel bersama kereta kebal mara ke arah Bandaraya Gaza yang mempunyai 400,000 penduduk. Pejuang Hamas dan kumpulan lebih kecil, Jihad Islam, berkata mereka menyerang hendap askar Israel dan mengesahkan pertempuran adalah paling sengit sejak rejim Zionis menghantar angkatan daratnya ke wilayah di pesisir pantai itu, 3 Januari lalu. Pegawai perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 14 orang dari kejiranan Sheikh Ajleen terbunuh, tetapi sama ada mereka pejuang Hamas atau penduduk awam belum diketahui setakat ini.
Tentera Israel mula dilihat di jalan utama kejiranan itu dan di sebuah kebun serta padang berhampiran sebelum subuh. "Kami selamat tetapi kami tidak tahu untuk berapa lama," kata Khamis Alawi, 44, yang dikelilingi isteri dan enam anaknya, sambil menambah peluru daripada pertempuran itu mengenai dinding dan tingkap rumahnya. Pejuang Hamas melancarkan siri serangan roket ke bandar Beersheba di Israel, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam pada itu, anggota perubatan Palestin berkata mereka turut menghadapi ancaman ketika cuba menyelamatkan mangsa serangan, malah ada yang terkorban dan tercedera ketika cuba menyelamatkan orang lain. Anggota perubatan itu yang menjangkau seramai 400 orang termasuk anggota sukarela, bekerja untuk tempoh yang lama tanpa mendapat waktu tidur secukupnya. Ramai sudah pun kehilangan kawan dan anggota keluarga, tetapi beban kerja yang banyak menyebabkan mereka tidak mempunyai masa memikirkan apa yang dilihat dalam kejadian itu. Menurut anggota perubatan, penyelarasan yang terpaksa dilakukan dengan pihak Israel sering menyebabkan mereka terlewat sampai kepada mangsa yang tercedera. Sesetengah laporan menyatakan mereka menemui orang yang terkandas di rumah selama beberapa hari atau mayat bergelimpangan di jalan raya tanpa dipedulikan. "Jijik bukan perkataan yang patut digunakan," kata Shawki Saleh, 24, seorang anggota sukarela perubatan di hospital Kamal Adwan. "Jika bukan anjing, tikus dilihat menghurung mayat...Saya sudah terbabit dalam kerja sukarela ini selama dua tahun, tetapi tidak pernah terfikir akan melihat keadaan seperti ini. "Siapa tahu berapa ramai orang masih tertimbus di bawah kesan runtuhan itu? Kami sendiri pun menjerit ketika membawa mereka keluar." Seorang lagi anggota perubatan, Haitham Adgheir berkata pada satu ketika dia mengusung lima mayat, melihat enam lagi di Hospital Gaza dan pasukan perubatannya diserang oleh kereta kebal Israel, mengakibatkan pemandunya dihujani serpihan kaca. "Otak saya seperti video yang boleh memainkan gambar bahagian tubuh badan manusia dan mangsa yang tercedera," kata Adgheir, 33. Sejak pertempuran bermula, 21 kakitangan perubatan Palestin terkorban, 30 cedera dan 11 ambulans musnah, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia. Jawatankuasa Antarabangsa Persatuan Palang Merah minggu ini mengecam Israel secara terbuka dan menyatakan mereka menyebabkan kelewatan "yang tidak boleh diterima" bagi membolehkan anggota penyelamat sampai memberi bantuan kepada mangsa tercedera. Kakitangan di Gaza juga berkata askar Israel kadangkala turut menembak krew ambulans. - AP
(Keratan dari Berita Harian)
Tiada guna jika kita hanya pandai berkata-kata...bertindaklah dgn memulakan yg paling mudah...boikot barangan yang menjadi penyumbang kepada dana Israel...seperti McDonald, Kotex, Lancome, Coca Cola, Huggies, Starbucks, Garnier, Clinique, Perrier, Sanex, Loreal, Revlon, Nestle, Maybelline, Kleenex, Libbys, Vittel, Jo Malone, GAP, Donna Karan, Tchibo, Marks, Spencer, Wonderbra....
Terima Kasih.

Thursday, January 8, 2009

Kekejaman Jelas Terpampang!!!

Sampai bila harus kita berdiam diri sedangkan makin ramai rakyat palestin yang terkorban hasil kekejaman Israel...sedih hati melihat surat khabar setiap hari pasti ada kanak-kanak yang tidak bersalah terkorban...luluh rasanya hati ku melihat mayat-mayat yang tidak bernyawa itu...negara kita asyik berbalah mengenai politik ttp lupa perjuangan sebagai umat Islam..mungkin ada yang merasakan apa yg saya rasakan ini..tp hanya minoriti yang sedar tentang perjuangan yg besar ini....kita diam bila Islam dicerca, dihina dan dicaci...bila baru umat Islam kan mula sedar? Bila baru kita akan berjuang....mungkin bila masjid al-Aqsa telah dirobohkan baru kita akan bertindak...masa itu semua sudah terlambat...wassalam.